Friday 2 September 2016

ENTRI 38 : Qaseh IBuAyah

TEKS :RAIHAN NOORDIN
FOTO : FB


Sebelum kak ann menulis entri kalini, berderai dulu air mata. Sememangnya kak ann tak suka dan sebolehnya akan mengelak dari baca cerita apatah lagi melihat gambar gambar yang meruntun hati atau menyedihkan. Bukan tidak mahu ambil tahu tetapi tak mampu nak tanggung rasa sedih tu nanti sampai nak makan pun susah dan nak tidur pun asyik terbayang -bayang. heheh dasyat eh. Kak ann perlu pastikan emosi sangat stabil untuk betul mendalami klien dalam sessi kaunseling. Sebabtulah kak ann hanya ambil tahu tanpa mendalami kisah-kisah ini kecuali ia datang dari klien kak ann sendiri.


Entri kalini kak ann nak perkenalkan 5 anak istimewa yang kami pilih untuk dibantu . Bila baca setiap status ibu ibu jiwa dah tak boleh menahan betapa kita beruntung punya anak anak yang sihat.





Sesungguhnya perit pahit maung kesabaran dam ketabahan ibu-ibu dan ayah-ayah ini mampu terus memberi inspirasi pada kita semua bersyukur dan terus beringat yang bahawasanya dalam kegembiraan kita dengan sikecil masih ada yang berhempas pulas berjihad demi menjaga anak anak istimewa ini.


Jemput anda melihat-lihat dan berdoa pada mereka semua.Dan doakanlah team kak ann mampu berjihad bisness dan menyumbang 1% dari hasil jualan September pada mereka ini dengan jumlah yang mampu mengurangkan beban ibu ibu ini.

Rata-rata ibu ibu malah bapa ini juga terpaksa berhenti kerja dan cuba berniaga sendiri dari rumah(hospital layaknya) demi memenuhi tuntutan asas seharian ditambah pula keperluan anak-anak istimewa ini lebih dari biasa.

Kekangan masa yang tidak menentu membuatkan ibu bapa ini terpaksa bekerja sendiri dan mempunyai pendapatan yang tidak tetap. Justeru bantulah doakan niat baik kami dapat dipelihara dan berjaya membantu mereka.

Berikut adalah detail penerima 5 family tersebut...

(1)izzsyraq azraq
Fb : Pray for izzsyraq azraq
https://www.facebook.com/PrayForIzz

(2)aqee & deeqah (adik beradik)
Fb : kida azny (ibu)
https://www.facebook.com/kida.azny

(3)nur hafieysha (1 bulan)
Fb : haziyana fifi (ibu)
https://www.facebook.com/haziyanafifi

(4)rayyan
Fb : Annur Yazid Rayyan
https://www.facebook.com/sha.keyra.1

(5)musyrif an-nassaie (1 tahun 8bulan)
Fb : EQin Hisyam (ibu)
https://www.facebook.com/safa.



#LubukPahalaQaseh
#membelisambilmenderma
#TeamQKN

No comments:

Post a Comment