Wednesday 25 January 2017

ENTRI 57: MULA BERNIAGA MODAL RENDAH 1

CATATAN : RAIHAN NOORDIN
FOTO        : RAIHAN NOORDIN


Sambil dengar cengkerik diluar krik krik krik selepas hujan teringat kak ann kisah bagaimana kak ann berkobar-kobar nak mula berniaga tanpa modal. Masa tu banyak sangat komitmen hutang yang perlu ditanggung akibat kelalaian di tempat kerja. Ala tak suka betul setiap kali ingatkan perkara ni. Tapi setiap kali teringatlah perasaan membuak buak bak api dapur gas yang menyala hehe nak bebas hutang.


Kak Ann yakin ramai sangat golongan professional walaupun bergaji besar  4k 5k sebulan malah 7k 10k sebulan berhutang dek kerana keutuhan nafsu atau kesilapan ilmu cetek mengurus kewangan,
Apa yang anda boleh buat untuk mula semula kehidupan?


----------

Selepas tanda desh desh diatas kak ann di kejutkan dengan laungan manja si amshar (anak tunggal buat masani) mahukan perhatian , "mommy jomla pegi bilik sebelah siapa nak teman amshar sian amshar",

jadinya kak ann 'save' dulu petikan ni, dan sekarang kak ann di meja meeting, heheh maaf boss, sambil dengar sambil berblog. Tapi macam susah nak pastikan idea tak bercabang-cabang heheh sebab, semua nak dengar dan fikir. 

Okaylah jom cerita, 

Kak Ann mula mengajar sebagai pensyarah professional (bidang psikologi dan kaunseling) sejak 2004 sebagai tutor sambilan sehinggalah sekarang , bermula di International Islamic College IIC , ke Univ Tunku Abdul Rahman 3tahun setengah, kemudian  ke UCSI 3tahun dan sekarang di MSU tahun pertama. "Ups and down" sebagai pensyarah univ swasta juga banyak cabaran sehinggalah kak ann diberi ujian dalam kewangan dan terfikir mahu berbisnes online untuk tambahkan lagi income. 

Di awalnya kak Ann buat hometuition, best jugak boleh dapat income 4angka terus bulan pertama, tapi..hahahah adalah tapinya, penat sebab perlu ke rumah rumah pelajar, dan biasanya waktu selepas jam 6 petang, sabtu ahad. Perlu kobarkan masa waktu rehat petang ,korbankan cuti sabtu ahad. But of course I never regret. Dengan duit itu kak ann bantu arwah mak ke hospital swasta dan buat double opinion kes kansernya, dan dengan duit itu kak ann mampu bayar fee Master  kak Ann TANPA PINJAMAN. 


Sempatlah merasa pengalaman modal beribu lebur, untung terkubur, stok terperap bawah katil bur(nak bagi bunyi macam pantun hahaha). Konon bila join bisness ni akan dapat kedai yang akan di tanggung semua kos utiliti. Kak Ann buat dengan sokongan suami dan adik ipar sehingga ke HQnya dan berjaya jalani interview(tapisan terakhir) sebelum dapat kedai. And guess what! the interwie went excellent!, Semua produk kak ann dapat jawab dengan baik in ENGLISH lagi weih, tapi tak berjaya! HA HA HA, masa taip ni kak ann dah hembus nafas naik turun Ya Allah lega , syukur nak mampos! Kalau tak, memang kak Ann tidur tak lena, syarikat nonmuslim yang semestinya produk tak habis habis, tiap bulan perlu maintain dan perlu cari orang keluarkan modal sampai ribu riban! 

Tahun ni masuk tahun kelima kak ANN buat bisnes online dan ini FB ke dua kak Ann(saja nak tambah kawan kelompok lain pulak). Alhamdulillah I'm still standing bigger and tougher biasalah bisness ada naik turun. Tipulah kalau tak pernah dibawah, apa yang pasti semua keluhan dan cabaran dan kesilapan yang tak berapa cerdik diatas TAK ADA... !! Yahoooo!! 

Adeh lapar lah pula,,,ada ka yang mahu kak Ann sambung cerita? Tunggu next entri ya,,,

Pengurus Pemasaran Wilayah
Ana Edar Sdn Bhd
012 9321 366

No comments:

Post a Comment